Selasa, 10 Ogos 2010

DEFINISI DAN PENGERTIAN BUDI BAHASA


Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.

Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLah SWT. Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.


Oleh : Nur A'inza bt Mohd Asri    207606

CIRI-CIRI ORANG BERBUDI BAHASA

(1) Bertimbang rasa
- Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
- bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
- memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi
- bersikap sabar
- sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

(3) Bertolak ansur
- tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
- tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
- mudah memaafkan kesalahan orang lain

(4) Bersopan-santun
- lemah-lembut
- tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan
dengan orang lain
- perilaku yang sopan

(5) Ramah mesra
- mudah diajak berunding
- mesra dan memberi senyuman
- penyabar dan tidak emosional

(6) Tidak mementingkan diri sendiri
- tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga
- selalu tolomg menolong antara satu sama lain
- memberi bantuan kepada orang yang memerlukankan bantuan

Oleh: Lee Hui Shan   206285

PERBANDINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA MASYARAKAT ZAMAN SEKARANG DAN ZAMAN DAHULU

Mungkin banyak di antara kita mendengar cerita daripada atuk dan nenek kita bagaimana mereka berinteraksi dengan orang yang lebih tua.Jikalau masyarakat dulu sangat berbudi bahasa dan baik tutur katanya terhadap orang yang lebih tua tetapi zaman sekarang ada sahaja anak-anak yang berani melontarkan kata-kata yang kurang sopan.Filem-filem melayu klasik dahulu banyak menerapkan nilai-nilai berbudi bahasa.Sebagai contoh anak-anak membongkokkan sedikit badan apabila berjalan di hadapan orang tua,bersalaman dengan tetamu yang hadir,membuatkan air untuk tetamu dan bertanyakan khabar.Namun di dalam filem-filem atau drama zaman sekarang amat jarang dapat kita iht perlakuan seperti yang terdapat dalam filem-filem klasik.

Tambahan pula, baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita tentang seorang pelajar menengking dan mengherdik gurunya di dalam kelas.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kini amat tidak menerapkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.Lima belas tahun yang lalu amat jarang sekali kita dapat dengar tentang tindakan kasar pelajar terhadap gurunya.Peredaran masa dan zaman dapat merubah pelagai macam perkara.


Oleh: Muhammad Syahmin b. Karia   207632

SEBAB-SEBAB MENGAPA MASYARAKAT SEKARANG TIDAK MENGAMALKAN BUDI BAHASA


  1. Ibu bapa
  • Kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
  • Terlalu sibuk dengan kerjaya
  • Terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
  • Tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak
2. Kemajuan teknologi

  • Budaya luar yang mudah diikuti
  • Memberi pengaruh yang kurang baik
  • Budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
  • Remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.
3. Diri sendiri/Remaja/Masyarakat

  • Menganggap tidak penting
  • Kolot dan memalukan
  • Bangga dengan status (anak orang berada)
  • Lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
  • Kurang didikan agama
  • Kurang perpaduan negara
4.Sekolah
  • Kempen di sekolah kurang berkesan
  • Guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
  • Terlalubergantung terhadap kerajaan

5.Kerajaan
  • Tidak mementingkan budi bahasa(terutamanya kakitangan awam)
  • Tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat
  • Kempen yang dijalankan banyak tidak berkesan

Oleh: Noorain bt Abd Rahim   206257

SEJAUH MANA RAKYAT MALAYSIA MENGAMALKAN BUDI BAHASA

Rakyat Malaysia telah lama terkenal dengan amalan berbudi bahasa. Tetapi lama kelamaan budaya ini kian luntur kerana arus kemodenan. Jika kita lihat remaja-remaja sekarang khususnya
kurangnya amalan berbudi bahasa dalam diri mereka. Oleh itu, Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk memulihkan semula amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan remaja khusunya. Oleh itu, di sini ingin dibuktikan sejauh mana rakyat Malaysia mengamalkan budi bahasa.

  • Menghormati Orang Lain Walau di Mana Kita Berada


  • Beratur ketika di jalan raya



  • Beratur Ketika Menaiki Kenderaan Awam



  • Memberikan Layanan Yang Baik Di Sektor Perkhidmatan


  • Menghormati Orang Yang Lebih Tua



  • Membantu Orang Kurang Upaya Melintas Jalan



Oleh: Ariyanto Firdaus b. Sunarto   207792

KESAN BAIK MENGAMALKAN DAN KESAN BURUK TIDAK MENGAMALKAN AMALAN BERBUDI BAHASA

KESAN BAIK

DIRI :
  • Diberi petunjuk di dunia dengan ucapkan kata-kata yang baik
  • Sikap yang kasar dan keras hati akan menyebabkan orang akan menjauhkan diri dari kita.
  • Mengamalkan amalan berbudi bahasa akan mencerminkan keperibadian seseorang.
MASYARAKAT:
  • Mendapat layanan yang baik dari masyarakat.
  • Melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab dan penuh amanah.
  • Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.
NEGARA:
  • Menjadi khazanah yang boleh diwarisi.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibbah.
  • Melahirkan bangsa yang penyayang.
KESAN BURUK

DIRI:
  • Kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam.
  • Dipandang serong oleh masyarakat.
  • Tidak dipercayai oleh orang sekeliling.
MASYARAKAT
  • Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.
  • Wujudnya jurang antara golongan tua dengan golongan muda.
  • Berlakunya perbalahan antara masyarakat.
NEGARA:
  • Pembangunan negara akan terbantut kerana tiada persefahaman antara masyarakat.
  • Meningkatkan kes jenayah dalam negara.
  • Pandangan serong daripada masyarakat luar.
Oleh: Aiman Maimunatullail bt Rahimi    207648

CARA-CARA MENERAPKAN AMALAN BERBUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI

Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam :

  • institusi kekeluargaan
  • Istitusi kemasyarakatan
  • Institusi pembelajaran
  • Institusi perkhidmatan
  1. Institusi Kekeluargaan
  • Antara Ibu Bapa-Anak-Anak-Ibu Bapa
Ibu bapa wajib mendidik,membimbing dan mengatur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya :
  • Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka
  • Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbu-tumbuhan dan haiwan
  • Beradap, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua keadaan
  • Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran
  • Antara Adik-Beradik
Hubungan antara adik-beradik disusun oleh aturan kelahiran dari sulung kepada tengah dan bongsu.Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazim dalam masyarakat.Antaranya ialah:

  • Gelaran abang long, abang ngah, kak cik atau sebagainya
  • Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah bersopan santun
  • Rasa hormat-menghormati dan setiakawan serta saling membantu

  • Antara saudara-mara
Hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara- mara sebelah ibu dan bapa, ipar dan mentua dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat,sopan dan santun melalui tegur sapa dan panggilan mereka

  • Komunikasi dan pergaulan saudara-mara juga harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun.
  • Kunjung-mengunjungi antara saudara-mara adalah amat baik dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.
2. Institusi kemasyarakatan dan masyarakat umum

  • Antara generasi tua dan muda
Hubungan antara tua dan muda sentiasa berada dalam suasana hormat-menghormati,sayang-menyayangi dan bertatasusila.Antaranya:

  • Mendahulukan yang tua
  • Bertegur sapa dengan panggilan pakcik atau makcik atau kakak atau adik jika lebih muda
  • Bertutur,bercakap atau berbual dengan nada suara lembut,bersopan dan rendah diri
  • Tidak berjenaka sesuka hati,memerli atau memandang rendah,membantah dan bermegah-megah.
  • Yang muda diberi peluang untuk memberi pendapat atau pandangan.
  • Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam

Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, fiil yang halus dan berpekerti yang mulia. Antaranya :
  • Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin
  • Bekerja bersama-sama , bermuafakat dan berunding.
  • Semangat bergotong royong.
  • Masyarakat Umum
Anggota Masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam perlakuan buruk yang tidak disetujui masyarakat. Antaranya :
  • Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-kanak.
  • Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
  • Mengelak dari membuang sampah dan melakukan kekotoran
3. Institusi Pembelajaran
  • Antara Guru-Pelajar-Guru
Guru mendidik murid-murid termasuklah berbudi bahasa dan berakhlak untuk berkelakuan baik teratur dan sejahtera. Antaranya :
  • Berdisiplin
  • Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun
  • Menggunakan bahasa yang sopan dan beradab
  • Berani mengakui kesalahan
  • Antara Pelajar-Rakan Sebaya
Saling menghormati sesama rakan. Antaranya :
  • Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat
  • menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing
  • menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya
4. Institusi Perkhidmatan
  • Antara Ketua-Anggota Yang dipimpin Ketua
Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi.
  • Antara Rakan Sekerja
Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia dan bahasa yang halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat danmisi organisasi.
  • Antara Organisasi- Pelanggan
Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada seluruh organisasi yang diwakilinya.


Oleh: Mogana a/p  Subramaniam   206445


KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA

  1. Individu
  • Dipandang serong oleh masyarakat
  • Mudah mendapatkan pertolongan ketika berada dalam kesusahan
  • Mudah didampingi oleh orang lain
  • Melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun
2. Masyarakat
  • Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
  • Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat
  • Melahirkan masyarakat yang bertamadun
3. Negara
  • Mempamerkan nilai positif kepada pelancong asing
  • menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita
  • Meningkatkan pendapatan negara

Oleh: Alwina'uti bt Sunardi      207732

    KUPASAN PANTUN BUDI

    Pantun adalah satu cabang kesusasteraan melayu yang paling tua di Negara kita ini.Pantun melayu telah ada dalam masyarakat orang melayu sejak zaman–berzaman dahulu dan sudah menjadi sastera rakyat berabad lamanya. Mengikut sejarah pantun telahada di dalam masyarakat bangsa melayu sebelum adanya Negara Temasik dan sebelum adanya kerajaan melayu melaka yang telah jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511dahulu. Pantun mula-mula dicipta oleh orang melayu untuk menyampaikan perasaan hatinya yang terharu dimasa dia sedih kerana duduk berdagang di perantauan,mengenangkan untung nasib yang malang dan dimasa bersuka ria.

    PANTUN BUDI

    Buah cina di atas batu,
    Jatuh daunnya ke dalam ruang,
    Adat dunia memang begitu,
    Sebab emas budi terbuang,

    Buah langsat kuning mencelah,
    Senduduk tidak berbuah lagi,
    Sudah dapat gading bertuah,
    Tanduk tidak berguna lagi,

    Baik bergalas baik tidak,
    Buli-buli bertali benang,
    Baik berbalas baik tidak,
    Asal budi sama dikenang,

    Padi dan nanas tanam di tanjung,
    Tempat pipit berbuat sarang,
    Budi dan emas sama dijunjung,
    Hidup aman dikenang orang.

    Pantun budi ini menceritakan tentang budi yang ditabur dengan hati yang ikhlasdan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Budi juga boleh dilahat dalam pelbagai aspekiaitu dari segi perbuatan mahupun dari segi kewangan. Konsep budi menekankan sejauh mana lahirnya hati budi seseorang terhadap apa yang telah diberi seperti menolong orangyang memerlukan pertolongan. Budi juga tidak dapat ditukar dengan wang ringgit keranabudi akan dibawa mati. Budi akan dikenang untuk jangka masa yang lama sehingga iadiingati sampai bila-bila. Contoh pantun budi yang ditonjolkan ialah:

    Baik bergalas baik tidak,
    buli-buli bertali benang,
    baik berbalas baik tidak,
    asal budi sama dikenang

    Terdapat juga sesetengah pihak yang mengatakan bahawa orang yang berbudi akan dibalas segala budinya apabila dia tidak mengambil kira kepada siapa budinyatelah dicurahkan. Oleh itu ramai orang yang menyokong bahawa berbudi sampai ke mati selagi hayat dikandung tanah. Kebanyakan yang kita perolehi dari orang dahulu kala ialah kekayaan dengan budi bahasa yang ditabur. Budi bahasa yang bagus juga mencerminkan kekayaan hati budi seseorang. Contoh pantun yang dapat dilihat ialah:


    Padi dan nanas tanam di tanjung,
    Tempat pipit berbuat sarang,
    Budi dan emas sama dijunjung,
    Hidup aman dikena

     
    Oleh : Izzati Binti Mislan  207641

    KESIMPULAN

    Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah orang yang banyak menabur budi hendaklah diteladani dan di ambil iktibar kepada generasi muda yang bakalmemimpin negara kelak. Bak kata pepatah :

    Harimau mati meninggalkan belang,
    Manusia mati meninggalkan nama.

    Oleh itu jelaslah bahawa orang pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baik akan dikenang untuk selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang dan menjadi pedoman kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberi ganjaran pada akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat malaysia hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya dipandang mulia kepada negara lain khususnya.

    Oleh: Lim Siew Wen  206154