Powered By Blogger

Selasa, 10 Ogos 2010

PERBANDINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA MASYARAKAT ZAMAN SEKARANG DAN ZAMAN DAHULU

Mungkin banyak di antara kita mendengar cerita daripada atuk dan nenek kita bagaimana mereka berinteraksi dengan orang yang lebih tua.Jikalau masyarakat dulu sangat berbudi bahasa dan baik tutur katanya terhadap orang yang lebih tua tetapi zaman sekarang ada sahaja anak-anak yang berani melontarkan kata-kata yang kurang sopan.Filem-filem melayu klasik dahulu banyak menerapkan nilai-nilai berbudi bahasa.Sebagai contoh anak-anak membongkokkan sedikit badan apabila berjalan di hadapan orang tua,bersalaman dengan tetamu yang hadir,membuatkan air untuk tetamu dan bertanyakan khabar.Namun di dalam filem-filem atau drama zaman sekarang amat jarang dapat kita iht perlakuan seperti yang terdapat dalam filem-filem klasik.

Tambahan pula, baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita tentang seorang pelajar menengking dan mengherdik gurunya di dalam kelas.Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat kini amat tidak menerapkan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian.Lima belas tahun yang lalu amat jarang sekali kita dapat dengar tentang tindakan kasar pelajar terhadap gurunya.Peredaran masa dan zaman dapat merubah pelagai macam perkara.


Oleh: Muhammad Syahmin b. Karia   207632

1 ulasan:

  1. betul, zaman kini punya anak dengan zaman dulu punya anak dah sangat berbeza...dulu anak tau apa tu hormat,tapi sekarang punya anak-anak dah lupa apa tu hormat...oleh itu, masalah ni adalah salah satu isu masyarakat kini...F7

    BalasPadam